Thursday, June 18, 2015

Hari pertama posa dah kongsi resipi.... Western sikit ye kak, carbonara in the house



Hari pertama posa dah nak kongsi resipi. Macam ye ye sangat kan.

Tekak aku kan tekak orang melayu. Mana makan Western food ni. Sekalik terjebak ngan Western food kat food court KLCC. Dah berkenan nau ngan carbonara. Siap mintak resipi ngan kakak kat ofis.

Bila buat jadik, ni yang hover nak share ngan korang.

Yang paling simple kekdahnya. Yg ni untuk 2 orang makan

Bahan2nya
 
Spagetti
Bawang putih
Susu full cream (botol kecik)
Cheese sekeping2 yg budak2 punya tu
Cendawan butang
Isi ayam
Kuning telur 1
Lada hitam & lada sulah
 
Cara-cara
1. Panaskan minyak/mentega (aku pakai mentega)
2. Masak isi ayam dan cendawan butang dulu. Dah masak baru masukkan bawang putih yg dah dicincang (taknak garing sangat bawang putih, nnt bau dia kuat)
3. Masukkan susu full cream (ikut suka nak kuah banyak ke kuah sikit, sila ejas sendiri).
4. Bagi menggelegak sikit kuah baru masukkan cheese sekeping, lada hitam n lada sulah
5. Agak dah masak tutup api. Masa ni baru masukkan kuning telur dah kacau cepat2. Kuning telur ni nak bagi kuah tu pekat sikit n berlemak.
 
Nak tambah sayur pun boleh ikut tekak masing2
 
 
 
Pic google sbb tak ambik gambar. Nnt aku buat aku hupdate gambar ye

Kerja sekarang

Hi korang,

Makcik aku mengadu pasal susahnya nak carik kerja sekarang. Bukan dia yang nak carik kerja baru tapi mengenangkan anak sendiri ngan anak2 buah yang baru habis belajar. Cousins aku ramai jugak yang kerja luar dr bidang dorang sendiri. Maknanya sekarang belajar lain keje lain.


Which is bukanla isu yg baru cuma bila ekonomi tak tentu arah macam ni lagi la huru hara keadaannya. Aku yg sesaja menengok kalau2 ada kekosongan yg sesuai ni pun rasa cam mak ai ramainya org mintak. Kalau dah 1 post sampai dua tiga ratus orang yg apply aku rasa tak sempat pun deme nak baca resume. Mungkin bila dh buat 10 saringan pun masih ramai lagi candidate yg berkelayakan.


Contoh kalau post accountant, adik2 yg fresh grad atau br kerja setahun dua jgn la mintak. Sbb korang akan menaikkan rating candidate yg apply dan melemahkan semangat org mcm aku yg malas nak apply kalau dah ramai nau.


Tolong tambah kemahiran selain dr sijil yg ada. Orang dah tak pandang CGPA 3.85 mcm dulu2. CGPA 3.85 tapi bodoh sombong tak guna.


 

Alahai anak mama

Hi korang..
 
Ni namanya biarlah gambar berbicara. Boleh kan??
 
 
 
 





Kurus anak dara aku ni. Sampai mak dia pun pening baju yg aku bagi untuk dia ke untuk adik dia.
Makan dah macam2. Pantang tengok orang makan dia nak makan jugak. Orang bangun pagi minum susu dulu dia nak makan terus. Manja sangat. Kalau makcik dia ada lagi la tunjuk perangai 'cantik' dia. Tapi tido masih carik mama.
 
Sayang kamu anak manja....