Thursday, June 18, 2015

Hari pertama posa dah kongsi resipi.... Western sikit ye kak, carbonara in the house



Hari pertama posa dah nak kongsi resipi. Macam ye ye sangat kan.

Tekak aku kan tekak orang melayu. Mana makan Western food ni. Sekalik terjebak ngan Western food kat food court KLCC. Dah berkenan nau ngan carbonara. Siap mintak resipi ngan kakak kat ofis.

Bila buat jadik, ni yang hover nak share ngan korang.

Yang paling simple kekdahnya. Yg ni untuk 2 orang makan

Bahan2nya
 
Spagetti
Bawang putih
Susu full cream (botol kecik)
Cheese sekeping2 yg budak2 punya tu
Cendawan butang
Isi ayam
Kuning telur 1
Lada hitam & lada sulah
 
Cara-cara
1. Panaskan minyak/mentega (aku pakai mentega)
2. Masak isi ayam dan cendawan butang dulu. Dah masak baru masukkan bawang putih yg dah dicincang (taknak garing sangat bawang putih, nnt bau dia kuat)
3. Masukkan susu full cream (ikut suka nak kuah banyak ke kuah sikit, sila ejas sendiri).
4. Bagi menggelegak sikit kuah baru masukkan cheese sekeping, lada hitam n lada sulah
5. Agak dah masak tutup api. Masa ni baru masukkan kuning telur dah kacau cepat2. Kuning telur ni nak bagi kuah tu pekat sikit n berlemak.
 
Nak tambah sayur pun boleh ikut tekak masing2
 
 
 
Pic google sbb tak ambik gambar. Nnt aku buat aku hupdate gambar ye

No comments:

Post a Comment