Tuesday, July 14, 2015

Yang ni mmg kelakar

 
Tu la.. Jangan tunjuk gangster sangat.
Sekalik salah tarikh
 
 
 

Tragedi semalam

 En Hubby and anak2 datang jalan2 kat KLCC semalam. Budak2 dah lemau tak berjalan masa bulan posa ni gamaknya. Ada la main2 mainan dalam shopping mall ngan tengok air pancut kat dataran tu. Petang tu nak balik diorang tunggu aku kat Tower 2.

Seronok sangat bunyiknya masa otw berjalan ke LRT (dorang pun naik lrt jugak datang KLCC). Sekalikkkkkkkkk LRT delay. Punya la ramai manusia kat dalam stesen. Kitorang yang dah siap2 duk bawah tunggu giliran tetiba En Hubby suh naik. Rimas ngan rasa kurang udara sikit kat bawah tu.

Aku pulak keluar balik carik air and beli makanan sikit. Pukul 5 lebih baru turun semula, itupun train yg ke 3 baru boleh masuk. Kat dalam tu pun dah sendat sangat dah.

Sebelum sampai rumah singgah KFC dulu. Pon sendat jugak. Akhirnya 6.30  ptg br sampai rumah. Aku solat, masak nasi n kemas rumah sikit pastu keluar balik ambik lagi 2 orang anak dara. En Hubby keluar balik nak beli KFC kononnya. Tak sampai 10 min eh dah ada depan rumah. Ramai sgt orang.

Apa yang kitorang makan?

Nasi yang aku masak td, telor goreng, 1 set Nando's yg sempat aku beli kat LRT stesen and sambal kering ikan bilis. Anak2 kenyang dulu, mamanya makan balik 2nd round sebab lapar balik.

Alhamdulillah. Tapi sedih sebab tak pernah makan ramai2 macam tu. First time la kekdahnya ni.

Insaf kejap....


 

Friday, July 10, 2015

Raya dulu2 jugak yang best

 
Pejam tutup pejam tutup dah nak raya dah minggu depan. Minggu last ni lagi terasa cepatnya waktu berjalan. Baju budak2 ni tak kemas2 lagi. Aku tang nak pack baju la yang malas. Sebabnya mengenangkan nak kemas balik baju lepas tu. Aishhh....
 
Masa kecik2 mak yang kemaskan baju2 raya kan. Bila punggah baju raya tu memang habis bersepah la balik. Pulak tu punggah baju secara berjemaah. Kang aku jugakla yang susun balik baju dalam beg. Mak pulak jenis yang asingkan yang satu beg ni baju raya, satu beg lagi baju basah. Maknanya nak kena kemas 2 beg.
 
Dua2 kg baik belah mak atau abah dua2 pakai atap zink. Malam seronokla sejuk memasing tarik selimut sampai pagi. Tapi kalau siang rasa macam nak carik nafas menahan panas. Bila orang kat dapur memasak makin panas la dalam rumah. Mana ada ekzos fan macam sekarang. Mula la tido tghari mencarik muka pintu nak angin punya pasal. Itu pun berpeluh lagi.
 
Bilik air pulak jenis satu bilik air, satu lagi tandas. Tapi bilik air rumah PD kolah air besar. Memang syiok giler mandi. Balik Terengganu ada telaga. Mandi secara berjemaah la. Yang hazabnya masa sakit perut la. Satu tandas nak pakai ramai orang. Tandas pun surrender.
 
Nak mandi pagi raya kena berebut2 bangun awal cop bilik air. Sementara nak tunggu giliran sambung tido dulu. Rumah kampung mana ada water heater, sejuknya jangan cakapla. keluar bilik air menggigil sejuk. Bak kata Safiyya "gigi Ya goyang"
 
 
 


Lepas solat raya dalam rumah beratur nak salam. Kadang nak dapat duit raya ngan pakcik kena cium ketiak. Masa kecik semua redah nak duit punya pasal. Masa sarapan pagi penuh meja sampai duk bersila kat bawah. Makan cepat2 sebab nak g jalan2 dalam kampung ngan cousins. Habis rumah orang yang kita tak tau pun masuk. Kang dia tanya jugak kita ni anak sapa.


Sampai sekarang mak ngan abah jarang sekali beraya kat Rawang. Pagi raya mesti balik kg walaupun cucu dah ramai. And since tok masih ada, pagi raya setiap tahun sekarang mesti balik Terengganu.



 
Insya allah, tahun ni raya pertama saya ngan mama, papa ngan kakak2.
 
*azzahra 4m
 
 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
&
MAAF ZAHIR & BATIN