Tuesday, July 14, 2015

Tragedi semalam

 En Hubby and anak2 datang jalan2 kat KLCC semalam. Budak2 dah lemau tak berjalan masa bulan posa ni gamaknya. Ada la main2 mainan dalam shopping mall ngan tengok air pancut kat dataran tu. Petang tu nak balik diorang tunggu aku kat Tower 2.

Seronok sangat bunyiknya masa otw berjalan ke LRT (dorang pun naik lrt jugak datang KLCC). Sekalikkkkkkkkk LRT delay. Punya la ramai manusia kat dalam stesen. Kitorang yang dah siap2 duk bawah tunggu giliran tetiba En Hubby suh naik. Rimas ngan rasa kurang udara sikit kat bawah tu.

Aku pulak keluar balik carik air and beli makanan sikit. Pukul 5 lebih baru turun semula, itupun train yg ke 3 baru boleh masuk. Kat dalam tu pun dah sendat sangat dah.

Sebelum sampai rumah singgah KFC dulu. Pon sendat jugak. Akhirnya 6.30  ptg br sampai rumah. Aku solat, masak nasi n kemas rumah sikit pastu keluar balik ambik lagi 2 orang anak dara. En Hubby keluar balik nak beli KFC kononnya. Tak sampai 10 min eh dah ada depan rumah. Ramai sgt orang.

Apa yang kitorang makan?

Nasi yang aku masak td, telor goreng, 1 set Nando's yg sempat aku beli kat LRT stesen and sambal kering ikan bilis. Anak2 kenyang dulu, mamanya makan balik 2nd round sebab lapar balik.

Alhamdulillah. Tapi sedih sebab tak pernah makan ramai2 macam tu. First time la kekdahnya ni.

Insaf kejap....


 

No comments:

Post a Comment