Thursday, December 17, 2015

Ragam 4 beradik

Minggu ni semua duk ngan aku.
Sorang adik aku kata amboi ramainya.
Aku kata dah memang anak aku 4 orang.
 
 
Tetiba rasa ramai.
 
 
Insya Allah itu tanda2 setakat itu je la ye.
 
Aminnnnn
 
 
Meh la layan gambar
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






 
 
Suka nau buat muka macam tu. Maira macam malas nak layan kakak.
 



 
 

 
 

 
 
Zahra ni aku tengok muka cam version Safiyya tapi versi cerah.
Jangan dapat mulut macam kakak sudahla. Bertetes2 bercakap. Ada aje modalnya.
 







 
 
 
 
 
 
Alya ngan Safiyya ni kalau dah baik amboi siap berpeluk.
Siapla kalau dah bergaduh. Yang bercakor, yang tarik rambut.
Last2 dua2 melalak
 
 
 
 
 
Kalau pasal melawa serah kat Safiyya la...
Juara!!!!


 
 
Time ni sejuk hati mama.
Tang mural yang penuh ngan contengan tu yang mama tak tahan.
 
 
 




 
 
 
 





 
 
Maira ni pun dah start dah mengarah mama macam2.
Anak comel ni kalau merajuk sebijik nau macam kakak Alya Amina masa kecik.
 
 
Semuanya mama sayangssssss



 

Wednesday, December 16, 2015

Bila orang mintak maap........

Sabtu lepas jiran aku sebelah pintu datang sambil hulur kad kawen

Jiran : Jemputla datang sekian sekian haribulan. Angah kawen.

Aku : Ooo.. tau dah. Mak bgtau. Tapi tak boleh datang, adik ipar kawen time tu.

Tiba2 dia hulur tangan.

Aku : Tak boleh datang nak kena pulangkan ke kad ni?

Bengong kan soalan??

Jiran : Tak payahla, takpe. Tapi bagi satu kat mak. Mintak maap ye.

Aku dah suspicious dah masa ni. Tapi hulur je la.

Kisahnya, jiran ni ada buat salah kat aku n mak. Oleh kerana aku taknak rasa annoying everytime tgk dia, aku mengelak untuk berjumpa. Mak jenis yang biarla orang nak buat apa pun. Aku jenis yang tak tahan, lagi2 pulak dah duduk berjiran. Ada one time tu rasa Subhanallah stress sgt kalau nak dikenangkan umpatan dia dibelakang kita.

Aku ni mengenangkan dia tu orang tua. Orang mintak maap, walaupun gaya mintak maap macam salam hari raya, aku sambut je la. Aku senang je, dia mintak maap maknanya dia tau dia ada buat salah. Besar kecik belakang kira. Aku pun bukan la keras sgt hati sampai taknak maafkan.

TAPI.....

Aku akan berjaga2 la kan. Mintak maapla, sekali dah kena kena ada buruk sangka sikit. Sebab perangai ni dia dah biasa buat. Makan tahun. Dah jadi darah daging. Aku susah sikit nak percaya.



 

Wednesday, December 9, 2015

Kisah fire drill semalam



Ni kira first time involve ngan fire drill kat Twin Tower. Biasa dorang buat satu-satu tower. Semalam sekaligus 3 tower.

Sikit punya ramai manusia toksah cakapla. Nak pulak kitorang duk kat hujung sekali. Kira2 dah sampai kat hujung KL Convec. Pastu eksen nau pakai wedges pulak semalam.

Nama pun fire drill, dah tentu la takda tempat duduk. Itu pun dalam perjalanan nak sampai kat port masing2 dorang bekalkan roti ngan air mineral. lama jugakla berdiri dalam sejam setengah. Itupun senyap2 balik ikut Kl Convec. muahahahah




 
 
Ni kira sikit ni. Kat depan2 sana sikit ramai lagi orangnya.
 
 
 


Nasib baik cuaca baik. Duk bawah pokok. Takda la berkilat nau muka masing2.
Masa ni mood masing2 ok lagi. Dah lepas sejam, mula la sakit kaki.

Yang paling menyerlah tukang ambik gambar la kan? Yang tu single lagi. Sebab tu sengih pun lain macam.

Sila jangan komen muka akak plis. Ambik gambar ikut sudut macam tu memang sgt menginsafi diri. Obvious sangat double chin akak.

Ok, bye.



 

Tuesday, December 8, 2015

Dah banyak kali cuba tapi gagal? Redho aje udah


Masa dengar berita pasal student yang bunuh diri lepas ambik paper Add Maths masa SPM lepas, rasa macam aduhai dik, tak berbaloi menghukum diri sendiri begitu. Teruk sangat frustration student tu sampai membunuh diri.


Terus ter'flash back' masa ambik pure science dulu. Nauzubillah hazabnya. Padahal tau dah keupayaan diri memang out dr mula2 lagi. Tiap2 minggu ada test. Kalau lepas test yang tu pun dah rasa bahagiaaaa sangat.


Subject Add Maths? Kalau dapat markah 40 pun dah ok. Walaupun kawan2 yang lain markah lebih cantik, aku rasa dah alhamdulillah dah tu. Kurang2 ada soalan yang aku boleh jawab. Memang dalam ramai2 dalam kelas tu kalau subject ni sama ada aku no last atau 2nd last.


Redho tahap tinggi dah ni.





Subjek sains yang lain tak payah la tanya. Lagi hazab result dia drpd subjek Add Maths ni. Masa SPM aku dapat C5 untuk Add Maths. Itu pun tak serik lagi. Based on result for Add Maths and Maths aku apply pulak untuk ambik diploma in accountancy.


Kan ke bala tu.


Orang lain dah move on 10 tapak ke depan, aku kira belajar balik basic accounts.


Sampai sekarang aku tak paham kenapa aku ambik accountancy. Sebab kadang2 datang jugak buah bangang double entry and offline tak tau nak buat apa.


Morale or the story :

Nak cuba silakan. Kalau dah cuba tapi bangang jugak redho je. Ada rezeki kat tempat lain la tu.

Allah dah susun cantik2 untuk kita.

 

Monday, December 7, 2015

Tak perlu tajuk

 
Assalamualaikum
 
Selamat pagi Isnin....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
Ok dah.. G buat keje