Wednesday, December 16, 2015

Bila orang mintak maap........

Sabtu lepas jiran aku sebelah pintu datang sambil hulur kad kawen

Jiran : Jemputla datang sekian sekian haribulan. Angah kawen.

Aku : Ooo.. tau dah. Mak bgtau. Tapi tak boleh datang, adik ipar kawen time tu.

Tiba2 dia hulur tangan.

Aku : Tak boleh datang nak kena pulangkan ke kad ni?

Bengong kan soalan??

Jiran : Tak payahla, takpe. Tapi bagi satu kat mak. Mintak maap ye.

Aku dah suspicious dah masa ni. Tapi hulur je la.

Kisahnya, jiran ni ada buat salah kat aku n mak. Oleh kerana aku taknak rasa annoying everytime tgk dia, aku mengelak untuk berjumpa. Mak jenis yang biarla orang nak buat apa pun. Aku jenis yang tak tahan, lagi2 pulak dah duduk berjiran. Ada one time tu rasa Subhanallah stress sgt kalau nak dikenangkan umpatan dia dibelakang kita.

Aku ni mengenangkan dia tu orang tua. Orang mintak maap, walaupun gaya mintak maap macam salam hari raya, aku sambut je la. Aku senang je, dia mintak maap maknanya dia tau dia ada buat salah. Besar kecik belakang kira. Aku pun bukan la keras sgt hati sampai taknak maafkan.

TAPI.....

Aku akan berjaga2 la kan. Mintak maapla, sekali dah kena kena ada buruk sangka sikit. Sebab perangai ni dia dah biasa buat. Makan tahun. Dah jadi darah daging. Aku susah sikit nak percaya.



 

No comments:

Post a Comment