Tuesday, December 8, 2015

Dah banyak kali cuba tapi gagal? Redho aje udah


Masa dengar berita pasal student yang bunuh diri lepas ambik paper Add Maths masa SPM lepas, rasa macam aduhai dik, tak berbaloi menghukum diri sendiri begitu. Teruk sangat frustration student tu sampai membunuh diri.


Terus ter'flash back' masa ambik pure science dulu. Nauzubillah hazabnya. Padahal tau dah keupayaan diri memang out dr mula2 lagi. Tiap2 minggu ada test. Kalau lepas test yang tu pun dah rasa bahagiaaaa sangat.


Subject Add Maths? Kalau dapat markah 40 pun dah ok. Walaupun kawan2 yang lain markah lebih cantik, aku rasa dah alhamdulillah dah tu. Kurang2 ada soalan yang aku boleh jawab. Memang dalam ramai2 dalam kelas tu kalau subject ni sama ada aku no last atau 2nd last.


Redho tahap tinggi dah ni.





Subjek sains yang lain tak payah la tanya. Lagi hazab result dia drpd subjek Add Maths ni. Masa SPM aku dapat C5 untuk Add Maths. Itu pun tak serik lagi. Based on result for Add Maths and Maths aku apply pulak untuk ambik diploma in accountancy.


Kan ke bala tu.


Orang lain dah move on 10 tapak ke depan, aku kira belajar balik basic accounts.


Sampai sekarang aku tak paham kenapa aku ambik accountancy. Sebab kadang2 datang jugak buah bangang double entry and offline tak tau nak buat apa.


Morale or the story :

Nak cuba silakan. Kalau dah cuba tapi bangang jugak redho je. Ada rezeki kat tempat lain la tu.

Allah dah susun cantik2 untuk kita.

 

No comments:

Post a Comment