Monday, October 31, 2016

Bila pagi2 lagi dah kena panggil...

Rasa macam cuti lama pulak. Rasa semangat lain macam masuk ofis hari ni. Tido tak berapa nak lena, kejap2 tengok jam.

Buang tebiatkah aku?

Baru perasan, Khamis sakit. Jumaat cuti ganti Deepavali. Harus la rasa lama. Rasa nak ketuk kepala sendiri.

Ok, bila masuk ofis dengan semangat baru ni (siap ada list keje yang nak dibuat dalam kepala, gila semangat) muka harusla manyak manissss... Tak sampai 5 minit duduk, bos datang suh masuk bilik.

Adoila, aku buat salah apa pulak ni?!!

Bos senyum, sengih2 pastu citer pasal final PPA. Rating aku. Alhamdulillah. Ingat salah apa la tadi.
Semua ok kecuali MC.

Tahun 2016 masih menjuarai carta. Tahun lepas pasal maternity. Tahun ni aku lagi (banyak MC sbb masa Maira operate bisul dan Piya ngan Maira kena chicken pox aku pun sama naik tak sihat) And note pls, walaupun anak yg sakit, masa sakit pun aku yang jaga anak2.

So, harapan bos tahun depan jangan la jadi juara lagi. Juara bahagian lain pulak...

*keluardrbilikbosmasihsenyum*
*redho*
 

Wednesday, October 19, 2016

How to react when....

Tajuk omputih sangat, sekali tulis dalam bahasa. Boleh je kan?

Kita selalu came across situation when somebody asked

a. Tahun ni plan nak gi jalan mana
b. Eh, sale Habib la Jumaat ni. Turun jom
c. Korang, jom join beli Noxxa nak. Ala tak mahal pon

etc.. etc.. etc...

Korang nak jawab apa?
Tipula kalau tak pernah orang tanya. Lg2 soalan no 1.
Selalu je aku dapat soalan no 1 tu..


Soalan : Tahun ni nak gi jalan mana
Aku : Memang idok le. Anak2 kecik lagi. Huru hara kang
Realiti : Aku nak bawak gi mall pon berkira. Kalau adik2 ada boleh la bawak skali. 
Kalau tak jangan harap. Kadar kesabaran aku bukan macam En Hubby. Dah pernah jadi masa gi Sunway Lagoon dulu. Itu last. Serik aku. Tunggu la budak2 ni besar sikit lagi.


Soalan : Sale Habib
Aku : Beruntung la En Hubby aku ni bukan jenis suka pakai barang kemas. Gelang tangan tak boleh nak pakai pasal alergic. Pulak tu rimas kalau pakai cincin. Cincin kawen aku simpan mcm tu je. Setahun sekali la aku pakai. Yang betul2 pakai rantai leher je.


Soalan : Beli Noxxa
Aku : Udah ler... takda tempat kat rumah aku nak letak barang lg. Rumah sekangkang kera ada hati nak beli brg lagi. Sudahnya duk dalam kotak je. 


Personally kalau tanya aku, aku lebih prefer untuk settlekan hutang yang ada. Azam tiap2 tahun kot. Sibuk nak melancong tapi hutang keliling pinggang. Orang lain nak sponsor/ En Hubby nak bayarkan itu bukan masalah aku. Tapi nak harap duit keluar dr poket aku semata2 untuk melancong jawapannya NEHI!!!!


Kedekut pahit,yess but yet lebih baik dr pretending banyak duit tapi banyak hutang.


Wassalam




Tuesday, October 11, 2016

Quick update...Ingatkan dah habis

Konon, bila dah hantar write up budget boleh goyang kaki kejap

Konon, taknak dah tengok presentation slide tu.
Muak. Nak muntah dah.

Konon, nak take sweet time nak susun2 gambar, baca buku, kemas meja

Nan hado!!!... Sambung upgrade system pulak.




*hentikanangan2
*takdapatupdatelakome

 

Friday, August 26, 2016

Outing!!

Payah betul nak bawak mak abah keluar jalan sama. Nak gi jalan2 ni tak boleh plan awal2.
Ahad lepas lepas breakfast, terus aku ajak mak gi Putrajaya makan2 kat sana.
Mak kata ok bingkas bangun settlekan anak2. Kalau lengah2 harus tak jadi.

Meh layan gambar kitorang kat sana. Betul2 ambik gambar masa lunch. Sebab lepas tu aku dah melepek tak larat. Teruk batuk dan selsema. Mamai lagi.


Mula2 macam malu2. Sekalik ambik gambar bukan main senyum.


Kan dah kata...



Safiyya kalau buat senyum kecik sama sangat ngan nenek.



Gaya sejenis apakah tu dik?



Ko redho je la nak.....



Orang dah pakai bergaya



Ya ampun, teruk nau muka orang sakit..

Ok, bye!!

Thursday, August 25, 2016

Hi there..... and several updates coming soon

Everytime when I open my blog, I have the intention to update something but it doesn't happened. Simply because if I get started again, I need to think what else to write.


So, today's topic is only to inform everyone that I'm still here.


Nothing really changed.


And I decided to write again.


So wait for the updates (it's a lot actually)


Till then, have a nice Thursday everyone!!!


Assalamualaikum


Monday, April 11, 2016

Kalau pasal bergaya, mamang juara.


Budak berdua ni pun dah terjebak ngan Safiyya. But so far memang tak boleh lawan kakak la kan.
 
Ok, now teka.. Mana satu Zahra, mana satu Humaira.






Lebih kurang je kan?
 
Gambar no 1 & 2 - Zahra
Gambar no 3 & 4 - Humaira

 
Dahi sama luas, cerah pun lebih kurang.
Sorang anak comel mama, sorang lagi anak manja mama
Mama sayang sama banyak, 5 kampung!!!


 

Friday, April 8, 2016

I Love Sh'bam!!!

Sejak2 join kelas Sh'bam kat Twin Tower Fitness Centre (TTFC) ni, memang rasa sangat addicted sangat. Kelas pun seminggu sekali je pun yang boleh join. kalau ikutkan 2 kali seminggu. tapi kelas sekali lagi tu hari Jumaat petang which memang tak boleh la kan.. Kesian pulak kat anak2 dara i.

Kalau pada sesiapa yg tak tau Sh'bam ni apa meh sini aku nak cerita. Korang tau Zumba kan? Sh'bam ni pada personal ophnion aku lebih laju dr Zumba. Lagu rancak2, movement pun boleh tahan la. Kira2 adik beradik Zumba jugak, tapi aku prefer Sh'bam dr Zumba.





 
Hari Selasa lepas company aku buat Fast Fit session for HSE campaign. So aku jd committee untuk Sh'bam class. Session dia sejam je tapi ya ampunnn... penatnya la

 

Masa ni g beli baju se patern untuk semua committee. Jadi model jap




Atas ni gambar sebelum start. Gambar habis session tak sanggup nak share. Dah merah2 muka memasing. Participants lebih 30 orang dan sagat sporting. Kalau trainer gelek, diorang gelek jugak. Trainer melompat, pose eh eh diorang pon sama naik...

Ok, kalau ada gambar2 yang semenggah sikit nnt, aku share ok...

Take care all...

 

Monday, March 7, 2016

Ini sudah sangat teruk

Lately, rasa sangat sleepy.

Sleepy yang super duper teruk until one day, when I join with my other gossip girls to Avenue K I can felt so sleepy and dizzy because i tried very hard to walk.

And when we stop at this one shop, I let them do whatever they want while myself sat at one corner and have a nap.

That serious okey.

Sama la macam hari ni. Konon2nya nak g gym tapi sebab mengantuk sangat apa kata kita lupakan gym dah g makan. Dengan harapan mata akan segar

Nan hado...

Sambil makan boleh mengantuk.

Masalah apakah ini...

Ok... bai
 

Tuesday, February 23, 2016

I need good news please

Bulan ni aku rasa bulan yang penuh cabaran.

Cabaran dengan anak2 yang tak sihat dan berturut. Macam tau aje lepas sorang sembuh dari sakit, sorang lagi akan menyusul.

Mula2 dengan Amina yg demam dan hidung berdarah sampai kena bawak ke private and government hospital.

Lepas tu Zahra pulak yang kejap demam, kejap elok. Ragamnya toksah cakapla. Asik berdukung je.
Semalam mata nampak merah. Udah... takkan sakit mata pulak nak...

Pagi tadi Piya kata sakit tekak. Awal pagi, hari tak terang pon lg dah ajak g klinik. Tak lalu nak makan katanya.

Dan, Mama pon ada terasa macam lembap semacam. Kalau doktor bagi MC, pucuk di cita 7 padang bola hamba tadahkan.

Ok, esok tolong la bagi berita baik. Contohnya, eh.. eh.. I belikan kek yang u suka sangat tu ... (pon jadik)


Ok, bai.


 

Thursday, February 4, 2016

Susahnya budak ni nak makan

Pagi ni bangun tido terus rasa sakit kepala. Dah 2 hari tak makan nasi. Bukan tak selera, tapi tak sempat nak makan nasi. Safiyya demam, batuk dan selsema. So, semalam dia baring kat kaki aku dan tak boleh berganjak ke mana2.


Tak boleh pegang adik2 yang lain pon.


Adoila.. Stress pulak rasa. Siap boleh pesan awal2, mama jangan marah Ya tau. Ya sakit ni.


Lagi bertambah stress semalam Humaira tetiba tepuk2 perut mengadu sakit. Mula2 aku ingat dia nak berak, tepuk2 sekali lagi, sah perut budak ni masuk angin. Susah benor nak makan nya. Dah macam2 makanan aku offer semalam.


Spagetti sudah
Biskut sudah
sampai roti calit kaya pon tak jalan


Takkan nak minum susu je kot.


Hari ni ko tengok la nak, mama korang meroyan nak mencarik makanan yang korang boleh makan.
Bukan mama korang yang kena habiskan semua.


*nangiskatbucukatil*
*mamajugakyanggemuk*
*bilamamanakkurusmacamni*


 

Friday, January 29, 2016

Cita-cita nak berenti keje jadi housewife kononnya...

Bila tengok mak-mak yang duk berbento untuk anak2 ni, semangat sangat berkobar2 nak buat jugak.
Aku buat tapi no no no la decoration ni kan.
Tak la sampai 2, 3 jenis. Tak la beli bekas yang ada 3,4 ruang tu.

Kadang goreng nasi, ada keropok sikit, buah ngan air susu coklat
Kadang nuget. Kadang biskut. Selalunya susu coklat wajib ada.

Kalau nak masak lauk pagi, lauk tengahari nak kena bangun pukul 4 lebih baru boleh siap.
Tak terkejar2, tak gopoh memasak. Kalau tak sampai ofis pun tak habis lagi tercungap2 (over sgt dak??)

Ada rasa nak berenti keje. Tak daya nak layan perangai org dunia korporat ni. Pun aku rasa eh eh berapa lama nak pegang jawatan sekarang ni. Kang umur 40 duk handle budget lagi. Takkan nak cantas orang atas nak bagi naik kan... nehi.. nehi.. Aku pun tak ingin. Buat sakit kepala otak dgn nak handle anak2 kat rumah lagi... Stress berganda tu.

Pagi ni terbaca pulak kat The Vockets pasal article kisah yaang perlu diteladani oleh wanita yang nak berenti jadi housewife ni. Aku tepek kat bawah ni ha. Moh baca...


Kaum Hawa, zaman mengharapkan kaum Adam sepenuhnya sudah berlalu.
Zaman sekarang, perlukan pendapatan dan aset sendiri.
Masa muda ni, beli rumah sorang satu. Buat pelaburan hartanah.
Janganlah terlalu mengharap pendapatan si suami. Ada peluang sambung belajar, pergi sambung. Jangan gatal-gatal nak nikah awal.
Jangan yakin pakwe kau leh tanggung kau selamanya bila nikah nanti.
Ada beberapa kisah aku ingin kongsikan supaya menjadi iktibar pada korang
yang dilamun cinta dan asyik fikir relationship goals je.
Banyak benda lagi penting dan realistik kau patut fikir.

KES 1

Si isteri begitu bahagia dengan si suami. Pakai, makan, tempat tinggal dijaga rapi oleh si suami. Rumah banglo tersergam indah. Tapi langit tak selalu cerah, si suami mahu bernikah lain.
Si suami yakin mampu tanggung dua isteri. Si isteri tak setuju.
Si suami kata, jika tak setuju, boleh pindah. Si isteri setuju dalam duka.
Rumah tangga mereka diuji lagi. Si suami diberhentikan kerja.
Si suami tak mampu bayar komitmen bulanan rumah. Rumah nak kena lelong.
Apa la nasib.

KES 2

Si isteri bekerja di sektor kerajaan. Si suami suruh si isteri berhenti kerja. Fokuskan pada keluarga.
Si suami mampu tanggung si isteri dan anak-anak. Si isteri setuju dalam duka.
Nak memberi pendapat atau memberi pandangan dianggap derhaka. S
i suami meninggal kemalangan ketika balik kerja. Si isteri hilang punca.
Sumber pendapatan sudah tiada. Rumah sewa sudah 3 bulan tertunggak.
Si isteri dan anak-anak dipaksa pindah.

KES 3

Si suami menyuruh si isteri berhenti kerja. Nak kerja sangat, dapat gaji peluk la duit gaji erat-erat, kata si suami. Si isteri pasrah.
Masuk anak umur 5 tahun, pendapatan si suami tak mampu nak tanggung isteri dan anak.
Sewa rumah, kereta, hutang mula tertunggak.
Kebahagiaan mereka mula retak.
 
 
Wahai para suami. Ingatlah, kita tak tahu masa depan kita. Biarkan si isteri bina kerjaya dan pendapatan mereka sendiri. Si isteri nak buat ASB Financing kau tak bagi, nak buat simpanan emas kau kata rugi. Akal ade ke? Takut fitnah? Takut dirampas lelaki lain? Takut tak dapat tumpu pada keluarga? Tak percayakan satu sama lain ke?
 
Doa. Doa kepada Tuhan. Solat berjemaah. Kita diamanahkan untuk membimbing dan menjaga mereka. Kita pun tak tahu selama mana kita dipinjamkan kepada mereka. Tolong buka sikit minda tu. Buatlah pelan simpanan, takaful insurans, tabung kecemasan dan ada pelaburan hartanah. Belilah rumah pertama. Kalau ada rumah sendiri tak perlulah tanggung bayar sewa rumah dah.
 
Berubahlah, tak mampu beli tunai jangan nak berhutang kalau benda tu tak penting. Jangan buat pinjaman peribadi sana sini, kad kredit sampai 3. Gaji naik tukar kereta baharu. Tapi, ikut korang lah. Tengah bahagia. Tengah sedap, tengah senyum nipis sekarang ni nasihat dan peringatan pun tak nak dengar.
 
Sekadar memberi peringatan. 
 
 
Ok. Surat berenti keje boleh draft je. Tak boleh nak hantar lagi.
 
 

 

Monday, January 18, 2016

My daughterssss

 Anak2 dara aku ni dah macam2 ragam pulak aku tengok.
 
Amina, dah masuk sekolah. Okla, En Hubby la yang kena handle ragam dia.
 
 
 
 
Safiyya, kita kena buat list
  • Bila Amina balik, punya la seronok. Tapi selalunya aku bagi sejam la, lepas tu dia mula bergasak ngan kakak dia. Kadang kakak dia tak buat apa2 pun. Dia tarik rambut, cubit tangan kakak, pukul kakak. Aku naik angin gak menengoknya.
  • Suka nau buli Maira. Adik tu dah la halus. Sekali tolak dah jatuh.
  • Time aku nak hantar g rumah pengasuh dia la yang hazab sikit. Susahnya nak turun. Nak kena dipujuk, janji belikan apa2. Pagi tadi suara aku dah naik dah. Dah la penuh tangan kiri kanan ngan mendukung Maira lagi.
  • So far paling susah nak pujuk. Tapi kalau dah berbaik, nak tido celah ketiak pon takpe.
  • Yang paling kuat melawa. Kalau dia melawa time aku banyak masa nak melayang takpe. Ni kadang masa time aku nak g keje dia nak pakai makeup jugak. Tudung pon nak sama macam Mama. Nak pakai tudung yang lilit kepala otak katanya. Adoi laaaa..... kadang sabor, kadang menyirap jugak darah.





Maira, payah nak makan. Baik local food ke, western food ke. Sama aje. Naik pening nak sedia makanan untuk dia. Nasi putih kosong pon jadik. Satu lagi kuat sangatttttttt merajuk. Lagi2 kalau aku lebihkan Zahra. Dia punya muncung mak ai... Boleh ditarik.





 
 
Zahra, dah start lasak. Sibuk nak main dan lasak sungguh tidonya. Boleh jadi Safiyya no 2. Kalau kitorang je kat rumah n aku hilang jap dia mula la melalak macam kena cubit. Aku yang duk dalam bilik air pon tak senang.





 




Huru hara sekali aku dalam kete. Jangan harap la nak pakai shawl cantik2. Dah asik kena tarik ngan Zahra je huru hara sekali shawl aku.

Cukupla 4 orang kan. Ni pon aku semput tak cukup nafas dibuatnya melayan 3 orang anak kat KL. Kalau dah penat sangat aku cakap kat Safiyya, Mama rasa nak mati dah ni.

Punya desperate nak berehat.....

Ok, bai.

Tahun baru yang tak berapa nak baru dah..

Assalamualaikum semua

Allahu, aku ni mak mak sangat sampai tak sempat2 nak masuk blog. Kalau dr rumah JANGAN HARAP LA nak bukak blog ni kan.

Nan hado.

Harapkan kat ofis. Patut duk opis buat keje opis. Ni dah termengular update blog (sila update masa rehat).

Aku start new year dengan sakit pinggang. Mula2 ingatkan pasal tilam. Dah tukar tempat tido pon rasa sakit lagi. Sampai satu pagi tu aku rasa dah tak tahan sangat aku g mengurut. Lega habis korang. Rasa ringan sangat badan. Kakak yang mengurut tu siap datang rumah lagi. Sapa2 yang ada rasa nak dapatkan khidmat kakak ni memang aku sangat2 rekemen.
 
 
 

First day Amina sekolah aku kat KL. En Hubby kata semangat nak pergi sekolah. Tapi kejap kata tak sabar nak jumpa kawan2, jap lagi kata Amina malu. Dia tak tau Mama yang kat KL ni hati tak tenteram mengenangkan anak yang nak masuk kelas. Geng mak2 kat opis semua cuti hantar anak, aku dengar dari jauh je.

Emo sangat tau.

Aku siap suh posing pagi petang lagi.

Minggu pertama sibuk aku tanya pasal makan apa, bukan belajar apa. Risau aku Amina ni tak makan. Anak kurus pon aku risau. Hahaha... Over sangat Mama dia.