Friday, January 29, 2016

Cita-cita nak berenti keje jadi housewife kononnya...

Bila tengok mak-mak yang duk berbento untuk anak2 ni, semangat sangat berkobar2 nak buat jugak.
Aku buat tapi no no no la decoration ni kan.
Tak la sampai 2, 3 jenis. Tak la beli bekas yang ada 3,4 ruang tu.

Kadang goreng nasi, ada keropok sikit, buah ngan air susu coklat
Kadang nuget. Kadang biskut. Selalunya susu coklat wajib ada.

Kalau nak masak lauk pagi, lauk tengahari nak kena bangun pukul 4 lebih baru boleh siap.
Tak terkejar2, tak gopoh memasak. Kalau tak sampai ofis pun tak habis lagi tercungap2 (over sgt dak??)

Ada rasa nak berenti keje. Tak daya nak layan perangai org dunia korporat ni. Pun aku rasa eh eh berapa lama nak pegang jawatan sekarang ni. Kang umur 40 duk handle budget lagi. Takkan nak cantas orang atas nak bagi naik kan... nehi.. nehi.. Aku pun tak ingin. Buat sakit kepala otak dgn nak handle anak2 kat rumah lagi... Stress berganda tu.

Pagi ni terbaca pulak kat The Vockets pasal article kisah yaang perlu diteladani oleh wanita yang nak berenti jadi housewife ni. Aku tepek kat bawah ni ha. Moh baca...


Kaum Hawa, zaman mengharapkan kaum Adam sepenuhnya sudah berlalu.
Zaman sekarang, perlukan pendapatan dan aset sendiri.
Masa muda ni, beli rumah sorang satu. Buat pelaburan hartanah.
Janganlah terlalu mengharap pendapatan si suami. Ada peluang sambung belajar, pergi sambung. Jangan gatal-gatal nak nikah awal.
Jangan yakin pakwe kau leh tanggung kau selamanya bila nikah nanti.
Ada beberapa kisah aku ingin kongsikan supaya menjadi iktibar pada korang
yang dilamun cinta dan asyik fikir relationship goals je.
Banyak benda lagi penting dan realistik kau patut fikir.

KES 1

Si isteri begitu bahagia dengan si suami. Pakai, makan, tempat tinggal dijaga rapi oleh si suami. Rumah banglo tersergam indah. Tapi langit tak selalu cerah, si suami mahu bernikah lain.
Si suami yakin mampu tanggung dua isteri. Si isteri tak setuju.
Si suami kata, jika tak setuju, boleh pindah. Si isteri setuju dalam duka.
Rumah tangga mereka diuji lagi. Si suami diberhentikan kerja.
Si suami tak mampu bayar komitmen bulanan rumah. Rumah nak kena lelong.
Apa la nasib.

KES 2

Si isteri bekerja di sektor kerajaan. Si suami suruh si isteri berhenti kerja. Fokuskan pada keluarga.
Si suami mampu tanggung si isteri dan anak-anak. Si isteri setuju dalam duka.
Nak memberi pendapat atau memberi pandangan dianggap derhaka. S
i suami meninggal kemalangan ketika balik kerja. Si isteri hilang punca.
Sumber pendapatan sudah tiada. Rumah sewa sudah 3 bulan tertunggak.
Si isteri dan anak-anak dipaksa pindah.

KES 3

Si suami menyuruh si isteri berhenti kerja. Nak kerja sangat, dapat gaji peluk la duit gaji erat-erat, kata si suami. Si isteri pasrah.
Masuk anak umur 5 tahun, pendapatan si suami tak mampu nak tanggung isteri dan anak.
Sewa rumah, kereta, hutang mula tertunggak.
Kebahagiaan mereka mula retak.
 
 
Wahai para suami. Ingatlah, kita tak tahu masa depan kita. Biarkan si isteri bina kerjaya dan pendapatan mereka sendiri. Si isteri nak buat ASB Financing kau tak bagi, nak buat simpanan emas kau kata rugi. Akal ade ke? Takut fitnah? Takut dirampas lelaki lain? Takut tak dapat tumpu pada keluarga? Tak percayakan satu sama lain ke?
 
Doa. Doa kepada Tuhan. Solat berjemaah. Kita diamanahkan untuk membimbing dan menjaga mereka. Kita pun tak tahu selama mana kita dipinjamkan kepada mereka. Tolong buka sikit minda tu. Buatlah pelan simpanan, takaful insurans, tabung kecemasan dan ada pelaburan hartanah. Belilah rumah pertama. Kalau ada rumah sendiri tak perlulah tanggung bayar sewa rumah dah.
 
Berubahlah, tak mampu beli tunai jangan nak berhutang kalau benda tu tak penting. Jangan buat pinjaman peribadi sana sini, kad kredit sampai 3. Gaji naik tukar kereta baharu. Tapi, ikut korang lah. Tengah bahagia. Tengah sedap, tengah senyum nipis sekarang ni nasihat dan peringatan pun tak nak dengar.
 
Sekadar memberi peringatan. 
 
 
Ok. Surat berenti keje boleh draft je. Tak boleh nak hantar lagi.
 
 

 

No comments:

Post a Comment