Monday, January 18, 2016

My daughterssss

 Anak2 dara aku ni dah macam2 ragam pulak aku tengok.
 
Amina, dah masuk sekolah. Okla, En Hubby la yang kena handle ragam dia.
 
 
 
 
Safiyya, kita kena buat list
  • Bila Amina balik, punya la seronok. Tapi selalunya aku bagi sejam la, lepas tu dia mula bergasak ngan kakak dia. Kadang kakak dia tak buat apa2 pun. Dia tarik rambut, cubit tangan kakak, pukul kakak. Aku naik angin gak menengoknya.
  • Suka nau buli Maira. Adik tu dah la halus. Sekali tolak dah jatuh.
  • Time aku nak hantar g rumah pengasuh dia la yang hazab sikit. Susahnya nak turun. Nak kena dipujuk, janji belikan apa2. Pagi tadi suara aku dah naik dah. Dah la penuh tangan kiri kanan ngan mendukung Maira lagi.
  • So far paling susah nak pujuk. Tapi kalau dah berbaik, nak tido celah ketiak pon takpe.
  • Yang paling kuat melawa. Kalau dia melawa time aku banyak masa nak melayang takpe. Ni kadang masa time aku nak g keje dia nak pakai makeup jugak. Tudung pon nak sama macam Mama. Nak pakai tudung yang lilit kepala otak katanya. Adoi laaaa..... kadang sabor, kadang menyirap jugak darah.





Maira, payah nak makan. Baik local food ke, western food ke. Sama aje. Naik pening nak sedia makanan untuk dia. Nasi putih kosong pon jadik. Satu lagi kuat sangatttttttt merajuk. Lagi2 kalau aku lebihkan Zahra. Dia punya muncung mak ai... Boleh ditarik.





 
 
Zahra, dah start lasak. Sibuk nak main dan lasak sungguh tidonya. Boleh jadi Safiyya no 2. Kalau kitorang je kat rumah n aku hilang jap dia mula la melalak macam kena cubit. Aku yang duk dalam bilik air pon tak senang.





 




Huru hara sekali aku dalam kete. Jangan harap la nak pakai shawl cantik2. Dah asik kena tarik ngan Zahra je huru hara sekali shawl aku.

Cukupla 4 orang kan. Ni pon aku semput tak cukup nafas dibuatnya melayan 3 orang anak kat KL. Kalau dah penat sangat aku cakap kat Safiyya, Mama rasa nak mati dah ni.

Punya desperate nak berehat.....

Ok, bai.

No comments:

Post a Comment