Monday, January 18, 2016

Tahun baru yang tak berapa nak baru dah..

Assalamualaikum semua

Allahu, aku ni mak mak sangat sampai tak sempat2 nak masuk blog. Kalau dr rumah JANGAN HARAP LA nak bukak blog ni kan.

Nan hado.

Harapkan kat ofis. Patut duk opis buat keje opis. Ni dah termengular update blog (sila update masa rehat).

Aku start new year dengan sakit pinggang. Mula2 ingatkan pasal tilam. Dah tukar tempat tido pon rasa sakit lagi. Sampai satu pagi tu aku rasa dah tak tahan sangat aku g mengurut. Lega habis korang. Rasa ringan sangat badan. Kakak yang mengurut tu siap datang rumah lagi. Sapa2 yang ada rasa nak dapatkan khidmat kakak ni memang aku sangat2 rekemen.
 
 
 

First day Amina sekolah aku kat KL. En Hubby kata semangat nak pergi sekolah. Tapi kejap kata tak sabar nak jumpa kawan2, jap lagi kata Amina malu. Dia tak tau Mama yang kat KL ni hati tak tenteram mengenangkan anak yang nak masuk kelas. Geng mak2 kat opis semua cuti hantar anak, aku dengar dari jauh je.

Emo sangat tau.

Aku siap suh posing pagi petang lagi.

Minggu pertama sibuk aku tanya pasal makan apa, bukan belajar apa. Risau aku Amina ni tak makan. Anak kurus pon aku risau. Hahaha... Over sangat Mama dia.



No comments:

Post a Comment