Tuesday, February 23, 2016

I need good news please

Bulan ni aku rasa bulan yang penuh cabaran.

Cabaran dengan anak2 yang tak sihat dan berturut. Macam tau aje lepas sorang sembuh dari sakit, sorang lagi akan menyusul.

Mula2 dengan Amina yg demam dan hidung berdarah sampai kena bawak ke private and government hospital.

Lepas tu Zahra pulak yang kejap demam, kejap elok. Ragamnya toksah cakapla. Asik berdukung je.
Semalam mata nampak merah. Udah... takkan sakit mata pulak nak...

Pagi tadi Piya kata sakit tekak. Awal pagi, hari tak terang pon lg dah ajak g klinik. Tak lalu nak makan katanya.

Dan, Mama pon ada terasa macam lembap semacam. Kalau doktor bagi MC, pucuk di cita 7 padang bola hamba tadahkan.

Ok, esok tolong la bagi berita baik. Contohnya, eh.. eh.. I belikan kek yang u suka sangat tu ... (pon jadik)


Ok, bai.


 

No comments:

Post a Comment