Thursday, February 4, 2016

Susahnya budak ni nak makan

Pagi ni bangun tido terus rasa sakit kepala. Dah 2 hari tak makan nasi. Bukan tak selera, tapi tak sempat nak makan nasi. Safiyya demam, batuk dan selsema. So, semalam dia baring kat kaki aku dan tak boleh berganjak ke mana2.


Tak boleh pegang adik2 yang lain pon.


Adoila.. Stress pulak rasa. Siap boleh pesan awal2, mama jangan marah Ya tau. Ya sakit ni.


Lagi bertambah stress semalam Humaira tetiba tepuk2 perut mengadu sakit. Mula2 aku ingat dia nak berak, tepuk2 sekali lagi, sah perut budak ni masuk angin. Susah benor nak makan nya. Dah macam2 makanan aku offer semalam.


Spagetti sudah
Biskut sudah
sampai roti calit kaya pon tak jalan


Takkan nak minum susu je kot.


Hari ni ko tengok la nak, mama korang meroyan nak mencarik makanan yang korang boleh makan.
Bukan mama korang yang kena habiskan semua.


*nangiskatbucukatil*
*mamajugakyanggemuk*
*bilamamanakkurusmacamni*


 

No comments:

Post a Comment