Monday, October 31, 2016

Bila pagi2 lagi dah kena panggil...

Rasa macam cuti lama pulak. Rasa semangat lain macam masuk ofis hari ni. Tido tak berapa nak lena, kejap2 tengok jam.

Buang tebiatkah aku?

Baru perasan, Khamis sakit. Jumaat cuti ganti Deepavali. Harus la rasa lama. Rasa nak ketuk kepala sendiri.

Ok, bila masuk ofis dengan semangat baru ni (siap ada list keje yang nak dibuat dalam kepala, gila semangat) muka harusla manyak manissss... Tak sampai 5 minit duduk, bos datang suh masuk bilik.

Adoila, aku buat salah apa pulak ni?!!

Bos senyum, sengih2 pastu citer pasal final PPA. Rating aku. Alhamdulillah. Ingat salah apa la tadi.
Semua ok kecuali MC.

Tahun 2016 masih menjuarai carta. Tahun lepas pasal maternity. Tahun ni aku lagi (banyak MC sbb masa Maira operate bisul dan Piya ngan Maira kena chicken pox aku pun sama naik tak sihat) And note pls, walaupun anak yg sakit, masa sakit pun aku yang jaga anak2.

So, harapan bos tahun depan jangan la jadi juara lagi. Juara bahagian lain pulak...

*keluardrbilikbosmasihsenyum*
*redho*
 

No comments:

Post a Comment